Akaun assohabah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Mahukah kita semua melihat anak-anak ini berjaya dengan bantuan sumbangan kita semua?


Pondok As Sohabah terletak di Masjid Al-Rahim, Mukim Sungai Pasir Kok Lanas 16450 Ketereh Kota Bharu Kelantan. Sejarah penubuhan Pondok As Sohabah ini bermula pada tahun 2000 dengan permulaan kelas menempatkan pelajar Tahun 1.


Pada tahun 2008, Pondok As Sohabah terpaksa menangguhkan operasinya berikutan pemilik premis mengambil semula bangunan bagi tujuan proses pembaikan dan penyelenggaraan.




Pondok As Sohabah seterusnya mula membuat bangunan sendiri pada tahun 2009 dengan DANA YANG SANGAT TERHAD. Akhirnya pada tahun 2018, Pondok As Sohabah berjaya beroperasi semula dengan penjenamaan semula sebagai Pondok As Sohabah yang dipantau oleh Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).


IDEA PENUBUHAN


Ustaz Nik Mahadi Bin Nik Mahmood merupakan pengasas Pondok As Sohabah. Idea tercetusnya penubuhan Pondok As Sohabah ini dengan hasrat ingin mengembalikan kegemilangan kehidupan generasi awal Islam secara kontemporari dalam setiap orang muslim khususnya pengajian Al Quran dan Tahfiz, Kitab Turath, Fiqh Semasa dan gerakan dakwah. Sekarang, seramai 13 orang pelajar disini dan dijangka akan mencecah 30 orang pada tahun 2021.





APA YANG DIPERLUKAN

Pondok As Sohabah memerlukan lebih RM 2 Juta bagi membantu dana pembangunan dan dana pengurusan.


Berapa yang diperlukan?

Bagi menjayakan pembangunan dan kos operasi, pihak kami memerlukan sekurang-kurangnya RM 200,000 sebulan dan anggaran kos keseluruhan adalah sebanyak RM 2 juta.


  • Pecahan kos yang diperlukan adalah seperti berikut:
  • Kos Pembinaan Rumah Guru dan Tamu: RM 400,000
  • Kos Pembinaan Pondok Musafir: RM 150,000
  • Kos Pembinaan Pondok Pelajar: RM 150,000
  • Kos Makanan Anak-anak Pondok: RM 36,000
  • Kos Pengurusan dan Utiliti: RM 62,400


Dengan bantuan daripada para penderma semua, sedikit sebanyak membantu pembinaan Pondok As Sohabah dengan lebih lancar.


Sabda Rasullulah s.a.w:

“Sedekah tidak akan mengurangi pahala”.


Sedekah tidaklah sama dengan pengiraan Matematik. Kiraan Matematik akan berkurang dengan bersedekah.


TAPI, ajaibnya bersedekah tidaklah mengurangi harta kita.


Boleh jadi dengan bersedekah Allah bebaskan kita daripada penyakit.

Boleh jadi juga, Allah memberkati waktu kita dengan perkara amal soleh.





Untuk memudahkan pihak tuan/puan untuk melakukan sumbangan, pihak kami menyediakan pakej tajaan seperti berikut:


Pakej Tajaan Pembinaan Bulanan (RM300)

Pakej Tajaan Pengurusan Bulanan (RM200)

Pakej Tajaan Bil Utiliti : Elektrik, Air & Lain-lain (RM100)

Pakej Tajaan Makan & Minum Anak-Anak Bulanan (RM50)

Pakej Seikhlas Hati (RM10)


Setiap sumbangan yang disumbangkan akan menjadi saham pahala yang amat bernilai untuk para penderma.



Salurkan sumbangan anda melalui:
Akaun : PONDOK AS SOHABAH
No Akaun : 0303-0001654-71-5
(Bank Muamalat)
Reference: SOHABAH

Penafian: 

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  : 0129505665